Rabu, 28 Oktober 2009

masak per ari ni???

Ari ni aku nak masak mee kari, semalam aku beli barang kat nirwana ngan kak long dan kak ela... nak masak bila balik keje semalam, tapi aku sakit kepala, loya - loya plak tu, kak long pn malas nak kuar rumah, ujan - ujan sedap tido katanya... so, tertangguh la sampai ari ni... petang nanti aku akan jalankan projek mee kari aku ok... kalo aku sempat, aku amik gambo....

Sabtu, 24 Oktober 2009

letih dan penat....

arinie aku duk ngemas rumah dari pagi bawak ke petang bawak ke malam.... baru je siap ngemas - ngemas barang kek, my hubby balik, naik lori ngan towkey dia, pelik gak aku. rerupanya barang yang dia order dah sampai, mak bapak besor dan berat, apa dia??? 'bundle' la... pakaian terpakai ni...
dah tu, dia ngan kawannya, amir memunggah la pakaian2 yang ader, adehh aiii, aku ni dah kemas2 elok - elok tadi, berkembur lagi, penuh ruang tamu aku ngan pakaian - pakaian bundle ni, ader gak yang aku berkenan.... aku apa lagi rembat la, dah rendam dah kat bilik air tu... he he....
ok la, aku dah penat sangat ni, nak tido dulu, my hubby ajak balik keratong esok, 6 pagi nak gerak, mak oiii pagi bebenor ku rasa.... tak pe pal, boleh balik cepat, aku ader projek lain esok.....
bye semua.....

Jumaat, 23 Oktober 2009

Hari Jumaat.......

Hari ini Jumaat, esok Sabtu.......
yyyeeeeeeeeeeeeeyyyyy....................
suka betul aku... boleh la bangun pagi bermalas2san di atas katil......

Khamis, 22 Oktober 2009

Perkara tertunda....

tanah yang dah lama tak diusahakan...
insyaAllah akan diusahakan suatu hari nanti, tunggu......

keadaan di Kuala Kangsar, Kampung Enggor, Karai.....

Wajah - wajah di kampung, opah nampaknya seperti orang yang sihat, tetapi hanya Allah sahaja yang tahu keadaan beliau....

Rumah atuk dan opah

makan - makan di Kuala Kangsar, Pasembor yang sedap bangat.....


Ini lah kami semasa di balik ke Kampung, melawat opah... Alhamdulillah keadaan opah semakin stabil sekarang ni.... Dikesempatan itu, kami pn membeli skit2 kat Pekan Kuala, memang best. Aku pn kali kedua berada kat sana. ada gak la yang aku belikan... nanti aku tunjukkan k...

Rabu, 21 Oktober 2009

demam yang tak kebah2......

Hari ni genap 6 hari aku sakit, tak berapa nak elok-elok lagi. pening gak kepala my hubby . risau lak dia tgk aku ni, tak penah aku batuk, selsema, sampai suara aku jadi suara org lain.
kesian kat my hubby, dia la yang mengemas apa bagai kat umah ni. masak la apa2 yang ader dalam peti sejuk aku tu. nasib baik memang aku ni simpan ikan, ayam, daging, sayur dalam peti sejuk tu...
Kepala aku ni masih rasa bengal2 lagi, sakit tak menentu, perut pn sama, mcm angin berligan2 kat dalamnya.... ubat pn dah nak habis dah aku makan, tp tak baik - baik juga. keje tetap keje.... badan aku pn dah naik - naik sengal, sakit sana sini, nak baring tido je.....
ok la, aku dah tak larat nak menaip lagi ni, aku nak tido dulu k....

bye bye bye....

Jumaat, 9 Oktober 2009

kat kampung, karai, kuala kangsar

kitorang semalam balik berlima. aku, hubby, mak dan ayah hubby, adik ipar aku. kitorang bergerak dari segamat naik bus cepat ekspress kul 2,30. sampai kat kl, jam 5.45 ptg. aku call kak cetot, aku tunggu kat pudu dan dia datang anak beranak, lepas tu ejoy lak sampai. tak dan sebenonya nak amik gambo... tu yang x der gambo tu. aku pn lupa dah. lepas tu kak cetot nak balik dah, dia dah tak baper larat nak jenjalan, dah masuk 8 bulan peknen. kitorang lak g makan kat medan selera belakng tu kt tempat biasa kitorang makan. semua dah lapo, makan pn laju je... dah kekenyangan aku ngan adik p jenjalan, depan kedai buku kitorang g masuk kat kedaio tudung depannya, aku lak rembat 3 helai tudung, untuk wat g keje... senang, sarung je.... lepas tu, tunggu la bus ke kuala kangsar, tepat kul 9, bus pn bergerak la kuar dari pudu, singgah hentian duta amik penumpang, dah tu terus bergerak ke kuala kangsar. aku ni mengantuk, tp tak leh nak tido sangat. lepas tu, singgah jap isi minyak kat hentian R&R Tapah, lupa lak kitorang naik transnasional. sampai kat kuala kangsar dah dekat 12.30. sampai je naik lak kereta sapu. korang bayangkan lah kitorang naik kereta satria, seramai 6 orang, punya la sesak, kelaka pn ader, tp alhamdulillah sampai gak kat rumah opah. atuk lak dah tido, kesian atuk bangun masak air plak. aku watkan air kopi untuk ayah ngan hubby, wat cair2 je, pekat2 lak tak leh tido nanti, dah tu, masuk la tido. Betapa bestnyer bila kepala letak dibantal, dan tido memang nyenyak betul....
Ni pn badan masih lagi terasa penat, dan letih yang teramat. ok, aku keluar dulu...


#Opah nampak memang tak sihat sangat, tp bila kitorang balik, nampak la keceriaan di mata beliau, dan nampak kuat skit... korang semua doakan opah kembali sihat ye... opah sakit jantung (naik bengkak dah, muka pn dah sembab), buah pinggang, darah tinggi, kencing manis. datang sekaligus.... Ya Allah, Sembuhkan opah aku dan sihatkan beliau seperti biasa....

Khamis, 8 Oktober 2009

balik kampung

Hari ni, aku nak balik ke Kuala Kangsar, rumah opah hubby. opah sakit sekarang ni. membuatkan kitorang semua risau sesangat. ok, nanti apa2 hal aku beritahu lagi k.....

Rabu, 7 Oktober 2009

Seorang lagi member tinggalkan zaman solo...

3/10 aritu aku kelam kelibut bersiap- siap nak balik ke pemanis. bukan apa, kawan aku, aini namanya menamatkan zaman bujangnya. nasib hadiah aku dah beli awal- awal, kalo tak lagi naya aku dibuatnya. mana taknya, duk kemas rumah lagi, basuh pakaian, dgn bangun lambatnya, ha ha ha..... penat punya pasai, aku bangun la lambat, walaupun tahu arini nak pegi kenduri kawen.
layan je la eh, gambo2 kat bawah ni, tak banyak mana pn dapat snap, aku bila tak der hubby, memang tak der mood nak amik gambo banyak2, ye la slalu dia yang amik.... he he he....


Jumaat, 2 Oktober 2009

Hari yang BbbbbZZZZ

Hari ni kepala otak menerima gegaran yang amat dasyat.... Keje berlambak2 atas meja aku ni... (boleh lagi layanzzz blog)... rehatkan otak jap kan??? Jap lagi nak balik rumah, duk fikir2 gak nak masak apa yek? Semalam dah kuarkan ikan aya, tapi tak jadi nak masak, bukan aper, hubby lak suggest suh buat mee hailam, lagipn angah nak datang umah semalam. dah tu, mulut aku ni plak sibuk menyebut, sedara aku Fuad dah lama tak datang, tetiba je, bunyi hon depan umah, tgk la saper, panjang umur dia rupanyer. Memang lama dah tak datang, dulu tu, tiap2 hari datang umah aku, makan kat umah. skrg ni susah lak nak nampak muka dia. slalu nampak gak kat tgh jalan. ni tak der lak... aku dah melalut dah ni....
hari ni sebenarnya, ari last nak siapkan smua elaun2 staff ni, nak check elaun diorang. diorang plak nak siapkan ader je halangan yang datang. kes kera la, babi hutan la, yang terbaru kongkang lak. ader - ader je kan.....
tak per, dah tengahari dah ni, aku nak balik umah dulu, nak masak, nanti hubby balik tghari nak makan, ari ni kene siap cepat2. sebab hubby nak p solat jumaat. dapat la aku tido 5-10 minit kat umah sementara tunggu hubby balik.....
ok la, aku balik dulu... daaaaa.............