Jumaat, 25 September 2009

Cerita Raya..........

Masa ni tahan je sebak dalam hati, teringat sangat2 kat anak umi...

Shooping kat Giant Muar.... penuh umat....

Tetiba je rasa fail wat kek raya ari tu...

Suasana di Hari Raya

Ucu's Family

Kak Cetot's Family

sesi bermaafan... 0 - 0


time kumpul duit raya.... best mak budak...

dalam gambo, lain plak warna baju ni, padahal sama je bila tgk real... konpius.....


berangan je laki bini ni....

depan masjid jamek kedua muar

bersama TPM

suasana makan-makan kat rumah terbuka TPM... sedap bangat.....


nak balik dah dari rumah terbuka TPM


Kak Cetot nak balik ke KL


Angah n Family datang malam kitorang sampai dari Muar, (Raya ke empat as dah keje dah)

Tahun ni kitorang beraya di Parit Penyengat, Muar Johor... Kitorang balik petang sabtu dan yang tak berapa best nyer, family as tak dapat nak beraya bersama... diorang ada komitmen lain di pagi raya..... hari pertama raya, pagi lagi bangun dan berkemas apa yang patut, aku siap kemas satu rumah, menyapu, mop lantai, buat air, siapkan hidangan makan pagi raya... lepas tu mandi, siap2 dan bergambar, bermaaf2an di pagi raya... penuh kesyahduan...
aku dengan tiba2 teringat pada anak aku, sedih rasanya, rindu padanya, tapi aku simpan dan semat dalam hati... kalau tidak, mesti raya kali ni lagi meriah dan penuh bermakna buat aku dan hubby...
nasib baik ada anak2 sedara buat pengubat kerinduan aku. selepas tu, kami pn makan2... lepas tengahari kami pergi beraya di rumah mak ucu di tanjung gading, kat sana memang meriah yang amat, adik beradik ramai... kami dijamu makan ketupat, kuih dan sebagainya....
balik tu kami singgah ke masjid jamek kedua muar, dah puas tinjanu kawasan, kami balik ke rumah dan siap lagi singgah ke Parit Samsu, rumah member sepupu aku, makan 2 lagi tapi paling best sekali, dapat makan ikan sembilang masak asam pedas... sedap yang amat... sedap dat meratah ikan, tapi macam biasa bila dah terlebih had, mesti terkeluar semula.... tak best betul tau.... Ayah call cakap dah sampai umah atuk, aku tak sabar dah nak jumpa mak... balik2 ayah lak tak der, rupanya kereta ayah rosak, dan sepupu aaku kat segamat yang anto balik, tak pela, asal mak dapat beraya bersama ibu tercinta...
Malam plak, lepak2 je kat umah, dah penat bebenor, basuh baju apa bagai je malam tu....
Pagi raya kedua, siap2 lak nak p Majlis Rumah Terbuka Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Bin Yassin, jem giler masa sampai kat Tol Pagoh dan sampai ke Dewan Seri Pesembar (betul tak ejaan?). Tapi puashati betul kat makanan dia, memang sedap bangat la... lagi satu, dapat bergambo ngan TPM... Kenangan ari raya tu.... Balik je kami terus anto budak2 kenit balik rumah dan amik mak aku, kitorang g umah atuk sedara kat Sg Balang, aku siap mintak urut satu badan, ye la, badan aku ni sakit2 non-stop siapkan tempahan kek ngan kuih raya... dah urut tu, badan memang sedap, dah tu asyik nak buang air je, lepas tu p Pt Yusof p la kedai Save N save, ada tragedi lak kat cini, aku ni kan asyik nak buang air je, sampai kat kedai tu, tya la kat mana tandas, korang tahu tak diorang kata, tandas x ader, punya la angin aku ni... nasib baik la kedai kasut kat deret kedai dia tu dgn baik ati bagi aku guna tandas. adik aku beli la kasut kat situ. aku tak der mood langsung nak pilih2 barang kat Save N Save tu. diorang tak tahu ke, keselesaan pelanggan kena jaga, mulut aku bising la, kedai je beso, tipu sangat tandas pn x der. aku tak pernah la g kedai tandas kedekut sgt nak guna.... rupa2nya sepupu aku pn tak der mood gak, dia sama2 geram, balik je la jawabnya, beli pn skit sgt, mood dah terhapus dek kejadian bodoh tu... Malam plak, kitorang duk kemas2 barang yang mana nak dibawa balik, sebab pagi2 esok, dah nak balik dah... sepupu aku balik dulu dalam kul 9 pg, lepas tu aku lak balik dalam kul 11pg... teringat dah kat umah yang menanti untuk dikemas secantik2nye... he he he.... kitorang tinggalkan rumah, kemas ala kadar je, sebab nya aku penat sangat dah tak larat nak kemas, nasib ader hubby tolong yang mana patut. Manataknyer, kek aku siapkan sampai kul 4 pg sabtu sebelum raya, letih yang amat sgt, pg sabtu tu tunggu MIL datang amik tempahan yang terakhir aku siapkan, dah tu, aku ngan hubby p beli kasut hubby, biasa la aku lak yang terjangkit beli kasut... balik siap2 terus balik muar...
Sekarang ni, mood raya masih ader lagi, rumah aku pn tak putus2 gak orang datang beraya, plan aku sabtu minggu depan aku nak buat makan-makan utk kengkawan lak, aritu untuk jenjiran... rumah kecik, tak muat nak buat sekaligus, aku pn tak larat nak masak banyak2....

Tiada ulasan:

Catat Ulasan